Saturday, 28 December 2013

Jangan Bawah Kira Aku.. Haha..

Assalamualaikum, readers..

Diharap sihat jasmani dan rohani..

Sudah lama rse nye jejari tidak menari di kekunci laptop ni, otak pulak dah lama rsenye tak berputar mencari idea baru utk diluahi.. Ececeh.....

So... rse nye... korang RINDU tak pada QL??????

bling...bling...bling....


Haha.. mesti x..
Seriously.. sebab QL pun x sure ad ke orang nak bace entri ni.. hurrrmmmmm...

Ok, straight to the point...

Based on title

QL nak cakap sebenarnya adalah...


DON'T UNDERESTIMATE ME!!!!!!!

Sy sgt tidak suka akan perbuatan itu....

Mengapakah dikau mahu men 'underestimate' aku? Katakanlah... Katakanlahh... Katakanlaaaaahhhhhh.....

Walaupun diri ini x berapa nak pandai.. tidak berapa bernas luahan idea... tetapi adakah itu memberi ruang kepada  si dikau utk memandang rendah akan diri ini....

Tidak sama sekali wahai saudara ku... tidak sama sekali..

Haha...

Seriously... 

QL dah berpengalaman 2 kali org memandang rendah diri ini... terasa beb!!!


Rse mcm nak ad bende ni kt rumah....


Bile rasenye tak dapat nak kawal dah perasaan marah nie... akan kutumbuk.. ku tendang punching bag nie...

HAAAIIIIYAAAAAAKKKKK!!!!!!!!

Debushhhh... kebaboommmm!!!!!

Jangan tiru aksi ini!!!!   

Sabda Rasulullah s.a.w : " Orang kuat bukanlah orang yang kuat dalam bergusti, namun adalah orang yang mampu menguasai dirinya tatkala marah. " (HR Muttafaq 'Alaih)


Pandangan QL la kan... layak ke kte nak memandang rendah seseorang tu??? QL percaya... setiap orang ada kelebihan masing2.. kalau x pandai, org tu kreatif, kalau x kreatif, org tu cergas... n sesiapa yang mempunyai banyak kelebihan tu... itu anugerah Tuhan.... 

Soooo!!!!!

Just peringatan pada diri dan mereka di luar dan kamu yang membaca...

Jangan lah kte memandang rendah pada orang lain..

SEBAB NYA...

Kita tidak pernah tahu apa yang terjadi pada masa akan datang..

Boleh jadi si jahil lebih cerdik pada kamu... lebih arif dari kamu... dan lebih alim dari kamu....

Boleh jadi si miskin akan lebih kaya dari kamu....

Boleh jadi si hodoh akan lebih cantik dari kamu...


DAN LEBIH BAHAYA NYA ADALAH...

Bile kte meng 'underestimate' org lain, sbnrnya ada UJUB, SOMBONG dan TAKABBUR dalam diri kte ini... peringatan bersama..

#Informasi

7 Jenis Sombong Yang Dilaknat Tuhan

  1. Sombong kerana kelebihan seseorang dengan pengetahuan ilmunya, baik ilmu dunia atau ilmu akhirat. Apabila ilmu sudah penuh di dada, dia menganggap orang lain jahil belaka, semua orang buta dan jika ada pandangan yang bernas tetapi tidak diterimanya. Orang yang sombong seumpama ini hendak dirinya selalu dihormati oleh orang lain terutama ketika di khalayak ramai, oleh anak muridnya dan orang bawahannya serta sentiasa meminta diberi layanan mulia.
    Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
    Tidak akan masuk syurga orang yang dalam hatinya terdapat kesombongan walau hanya sebesar zarah.” (Hadis riwayat Muslim)
  2. Sombong kerana kelebihan beribadat seseorang. Penyakit orang ahli abid yang merasa diri mereka terlalu banyak beribadat berbanding dengan orang lain sehingga menganggap orang lain tidak mampu beribadat seperti mereka. Sedangkan mereka sebenarnya terpedaya dengan tipu daya syaitan. Rasulullah SAW telah mengingatkan melalui sabda Baginda yang bermaksud:
    Bahawa siapa yang memuji dirinya sendiri atas suatu amal salih, bererti sudah tersesat daripada mensyukurinya, dan gugurlah segala amal perbuatannya.
  3. Sombong kerana ego memperkasakan keturunan, bangga kita berketurunan mulia lagi bangsawan, suka menyebut nama datuk nenek moyang kita yang dulunya dikatakan keramat atau hebat. Sifat sombong seperti ini tidak ubah seperti kaum Bani Israel yang dilaknat Tuhan, seperti termaktub dalam al-Quran. Mereka bangga dengan keturunan mereka yang banyak menjadi nabi ikutan, konon keturunan mulia dikasihi tuhan.
     
  4. Sombong kerana berasa diri cantik dan sempurna malah memandang orang lain dengan hina, seperti merendah-rendah ciptaan Allah hingga sanggup menyindir atau memberi gelaran tidak baik seperti pendek, berkulit hitam atau gemuk.
     
  5. Sombong yang berpunca daripada kelebihan harta diberi Allah membuat kita lupa daratan, berbangga dengan kekayaan yang ada, rumah besar, kereta BMW mewah hingga memandang rendah orang yang kurang berada.
     
  6. Sombong kerana kekuatan dan kegagahan diri. Semua orang akan dibuli kerana kuatnya badan kita tidak terperi, hingga boleh memakan kaca, kunyah besi, boleh menarik bas dan lori hanya dengan gigi, boleh dihempap badan dengan batu dan besi, atau sebagainya.
     
  7. Sombong dan berbangga kerana ramainya pengikut setia di belakang diri, sepertinya orang alim berbangga dengan ramainya murid yang memuji. Guru silat pula berbangga dengan ramainya murid yang tidak lut ditetak parang dan dijilat api.
Wallau'alam.. (^_^)v






Saturday, 21 September 2013

Don't Judge a Book by its Cover...

Assalamualaikum , reader...

Semoga sihat jasmani n rohani...



Yup!!

Jangan engkau mengadili buku itu semata-mata kulitnya... mana tau, isi kandunganya terlalu bernilai?

So...

Entri kali ini... adakah QL nak bercerita ttg buku???  Erm.. bolehla kot masuk sekali... huhu...

Seperti tajuk di atas.. rasenye readers semua sedia maklum maksudnya....

Jangan lah kita sekali-kali menilai org berdasarkan pakaiannya sahaja.. lebih kurang cemtu la kan...

Peribahasa tu mungkin kte boleh pkai... mungkin x berapa sesuai.... kenapa?

Bagi QL, dan ape yg QL pernah dengar, personaliti seseorang tu boleh dinilai melalui pakaiannye..

Agree with me?

Its up to you.. hehe (^_^)v

Ye... sebagai contoh.. klau kte tgk baju seseorang tu x ber 'iron' (tgk beberapa kali ye, tgk sekali tak dikira).. automatically kte akan nilai orang tu pemalas...

Then, ble kte tgk orang tu pkai baju striking... bling-bling... funky mankey :P.. QL akan judge org tu.. level confident dy agak tinggi.... o personaliti nye mungkin gila-gila skit... mungkin...

So.... boleh la kte judge a book by its cover.... kan? kan?

Sebelah part pula QL bersetuju dengan peribahasa nie....

Example:

Ble kte tgk seseorang tu bertudung besar... x bermakna dy maksum..... tak semestinya dy bangun setiap malam bertahajjud... tak semestinya dy x menonton drama...

Tapi yang dapat dipastikan.. si bertudung besar kemungkinan sebenarnya dalam proses memperbaiki diri... dan mereka yang dah berjaya memperbaiki diri nie la selalunya yg berjaya menjaga segala yang dimanahkan dari Nya...

So... jgnlah la kte terlalu cepat menilai seseorang tu... jangan terlalu memandang atau menyanjung tinggi seseorang... kerana manusia biasa memang tak layak disanjung....

dan jangan pula sesekali berkata....

" Biarlah aku tak bertudung asal hati aku baik"

Sedangkan maksud baik tu... adalah baik... terutamanya baik dengan Yang Maha Esa....
Klau dah sampai melanggar perintah Nya.. adakah dikira sebagai baik....

Tepuk dada tanya...........Iman...

Sekurang-kurangnya kita mencuba....

YE TAK?

So.....Jom.... lets do it together....... gether... :P (bukan bertudung labuh, tapi cuba membaiki diri)

Suke tgk org bertudung labuh... terutamanya yang ad nurr kt wajah... :)


Sekian... xde pun crite pasal buku kan... hehe..  ^_^


#peringatan utk diri...



Thursday, 5 September 2013

Siapa Aku?


Jika ditanya aku tentang siapakah aku,
Akulah mukmin yang akan hidup sebagai mukmin
Maka ketahuilah semua orang aku di sini,
Tidak akan terhina atau terpesong maupun cenderung

Sesungguhnya Aku melihat Allah dalam ciptaanNya,
Dan aku dengar suara kebenaran dalam QuranNya.
Dan aku sentuh hikmahNya dan belai kasihNya


Dalam sirah mereka yang terpilih imannya
Akulah Mushaf yang berjalan dan Islam diperlihatkan
Akulah angin meniup tinggi atas setiap pelayar
Alam ini bagiku dan bagiku khidmat yang telah dimudahkan
Dan untuk apa aku, aku untuk yang menciptakan semuanya

Akulah bintang yang menunjuk qafilah dalam perjalanan,
Dan akulah kejora jika kulihat kemungkaran2
Tiada bagiku selain jiwa yang menentang kejahatan
Telah aku jualkannya pada Allah dan Allah membelinya.

terjemahan: umaq_eiman
sumber: 
http://pujangga-kembara.blogspot.com/2009/04/ana-in-saaltal-qouma-anni-man-ana-jika.html





QL suke sgt lagu nie... Lirik, nada, suara, maksud... n everything la.. enjoy.. n semoga jadi renungan bersama (^_^)v


Wednesday, 4 September 2013

20 sen -_- Sorry to say...

Assalamualaikum, readers....
Harap readers berada dalam keadaan sihat.. rohani dan jasmani...

Mood hari ini.. luahan perasaan.. -_-

Negara Malaysia dikejutkan dengan berita yang tak berapa nak terkejut a.k.a da agak daaaaaa... iaitu kenaikan RON 95 sebanyak ....


Tatkala minda ligat berputar memikirkan wadah-wadah menjimatkan perbelanjaan, tatkala itu, berita tersebut membenamkan sebiji bola besi di dalam kotak pemikiran.....

Seusai berita dihebahkan.. ketika itu, laman2 sosial dihujani komen2  tak kira lah laman muka buku, bunyi burung tweet tweet, dan etcetera....

dan diantaranya....

"Relax brother.. brother relax.... 20 sen je"

Ayat mudah tak pakai otak... (sorry bro, ayat kasar)

Kenaikan 20 sen seliter.. bukan nya

" Ok abang... abang isi penuh lepas tu, letak 20 sen dalam ini tabung... (keletong)" kata bangla Pam Petrol..

Sorry to say la.....

Klau dulu mase sekolah... belanja sekolah pagi dan petang 50 sen... bahagi la 30 sen pagi 20 sen petang  atau vise versa...

Tapi sekarang, ape dapat?

Perkara di atas menyebabkan semua bende naik....Tambang pengangkutan awam... ikang.... aye.... ayo.... cekodok... ikan bilis.... taugeh... dan lain2 la...

Soooo... adakah konklusi nya... dari bekerja 2 kerja sehari perlu di upgrade kan 3 kerja sehari...

Kalau macam tu nak beli ubat gigi pun xde mase....

Sorry to say... entri nie memang entri semak sesak serabut perut nak cari jalan reduce perbelanjaan, increase pendapatan...

Wlaupun entri lepas... berbicara soal +ve... tapi ini bukan soal +ve...

Rase macam didzalimi...

Sorry to say ye readers... sekadar melepaskan perasaan dan mengikis bola besi yang terbenam kt otak nie.. huhu....



PEACE no WAR (^_^)V

dan jangan pula perkara ini melupakan keadaan saudara2 kita di sana...



Sekian... :)

Saturday, 31 August 2013

+ve

Assalamualaikum, readers...

Salam Merdeka, & Salam Aidilfitri....
Semoga Negara, Masyarakat dan Diri kita sentiasa Merdeka walaupun daripada anasir-anasir jajahan. (^_^)

Setelah lama QL mendiamkan diri, baru nie rsenye QL nak menulis.. huhu...

+ve....

dengar saje da rsekan aura nya.. kan?

Be positive.. QL rse perkara nie penting dalam hidup kite...

QL pernah terbaca satu buku bertajuk "Hukum Tarikan" aka "Law of Attraction"
Da lame da QL bace buku nie, so detail nye x berapa ingat.. Tapi ape yang nak disampaikan oleh buku nie adalah pentingnya kte positif dalam semua perkara... sebabnya... bila kite berfikiran positif, perkara2 di sekeliling kite akan berjangkit menjadi postif..

Walaupun teori hukum tarikan magnetik, +ve akan tertarik dengan -ve... hehe... amik kaw.. masuk subjek sains.. tapi, Law of Attraction yang disampaikan nie, bila kite berfikiran +ve akan menarik lebih banyak lagi cas2 +ve..

Ala.. tak payah nak fikir jauh2 la... ingat je slogan o lagu nie..

"Jika kau fikirkan kau boleh, kau pasti dapat melakukan..."

 kan? kan? kan?

Cbe readers cbe try test satu hari tu pikir perkara2 positif... walaupun ade bende yang buruk berlaku waktu tu, percaya lah perkare tu akan bertukar jadi baik, sama ada untuk jangka masa pendek, atau jangka masa panjang.. (^_^)

Sebenarnya, teori nie x lari dari konsep kepercayaan kepada Allah... x kisah la.. pe yang kite buat.. ape yang terjadi pada kite.. bile kite yakin 100% yang Allah bagi kite masalah o sesuatu perkara tu ada kebaikan yang tersembunyi dalamnya... I'Allah.. kebaikan la kite akan dapat... sebab nye kenape?

Sebab Allah tu Maha Pengasih dan Penyayang.. kan?

So.. lepas nie, jom kite same2 buang jauh2 sifat o fikiran -ve nie... belajar 'husnu dzan' dalam semua perkara...
Percaya 100% tau lebih lagi dari 100% pada Allah... QL pun tengah belajar nie.. hehe...

So... yup.... kite perlu berusaha.... fighting!!!
(^_^)V

Tengok!.. walaupun QL dibuli oleh adik n abang QL.. QL tetap positif.. hehe.. (sbnrnye time 2 mood tgh baik_mood raye)



Thursday, 15 August 2013

Mampukah aku???

Assalamualaikum, readers....

QL tak nak cakap banyak... harap readers dapat baca entri dari link nie...




Lepas tu, duduk... diam... berfikir.... .

Allahurabbi~

Ape tindakan kite? ape yang mampu kte lakukan.....


Tepuk dada tanya IMAN


-berasa sangat sedih...


Monday, 29 July 2013

Berangan vs Perancangan


Assalamualaikum readers...

Semoga sihat hendaknya..

Berangan vs Perancangan..


Pernah tak kita terfikir apa yang kita angankan kadang2 adalah sebuah perancangan.. n kadang2 ape yang kita rancangkan semua itu adalah angan2...

Selalu juga QL terfikir, adakah ape yang QL rancangkan hanyalah angan2.. ataupun itu sememangnya perancangan..

Sebagai contoh...
jika kite mendapat tawaran temuduga kerja yang sememangnya kite harapkan.... dan mula la hati berbunga2 bahagia.. syukur tak terhingga..
dan mula la terfikir

"Ok.. kalau dapat kerja nie.. nak pindah rumah.. nak duduk rumah yang lebih dekat"
"Dapat kerja nie.. malam nak kerja lain pulak"
"Dapat kerja nie nak tukar kereta.. huahuahua.."

Tapi realitinya kerja tak dapat lagi.. n x confirm pun dapat....

Satu lagi contoh
jika kita isi borang UPU..

"Kalau dapat sambung belajar, nak study betul2.. klau boleh nak anugerah dekan"
"Dapat sambung belajar nie tak nak da malas2.. nak buat assingment awal waktu"
" Dapat sambung belajar nie, nak ngorat lecturer yang muda-muda la"  (yang ini rekaan semata2 ye :p)


Jadi perkara2 macam nie berangan atau perancangan... Hurmmmm

Hurmmm...mane satu nie?


Pendapat QL la kan....
  
X salah rsenye kite berangan tapi lagi elok klau kite transfer kan ia ke perancangan..

Sebabnya.. klau kita berangan jika kita tak dapat... kite akan merasa sangat kecewa... plus berangan nie x berapa elok sebenarnya...

Anas r.a. katanya: Nabi s.a.w. telah menggariskan beberapa garisan lalu baginda bersabda: "Ini angan-angan manusia dan yang ini ajalnya. Ketika seseorang itu dalam keadaan demikian (panjang angan-angan yang tidak putus-putus) tiba-tiba datanglah garisan yang pendek (sampai ajalnya mati)". sumber http://www.islam.gov.my/e-hadith/berangan-angan-kosong-tidak-memberi-keuntungan


Tapi jika kita merancang, rancangla dua tiga alternatif supaya bile bende yang kite harapkan tue tak berjaya diperoleh... kita ad backup plan.. ye tak?

N sempena akhir 10 ramadhan nie.. Jom kite merancang utk bangun Qiamulallail.....

Walaupun QL rase malam Lailatul Qadar nie hanya orang yang setiap hari bangun malam je berhak dapat.. tapi sekurang2 nye kite tak lepaskan peluang untuk beribadah time nie kan...
Tambah lagi hanya beberapa hari je lagi Ramadhan nak meninggalkan kite... huhu... QL harap persiapan aidilfitri tak mengurangkan ibadah kita di akhir ramadhan nie...

N berbalik kepada hujjah di atas.. cewah... QL rse lebih elok kita merancang sesuatu perkara tu dahulu..
tapi jangan hanya merancang tapi tak buat plak... alamak.. tetiba terasa..

Sebelum daku mengundur diri, hayatilah kata2 pujangga ini.. :P


Sayidina Ali pernah berpesan, “Kebatilan yang terancang dapat mengalahkan kebenaran yang tidak terancang.” 


dan satu lagi nie ...





Ok.. semoga anda semua dirahmati selalu (^_^)

Wednesday, 24 July 2013

Hurtful words lyrics




Don't be burdened because of me anymore
I know you better than i know myself
Even when you didn't have me in your heart
you treated me well
Because you are a good person

That's why I need to be the first
one to turn away
Because the you that I know wouldn't be able to do it
This is the only ways that it can work
Because this is the foolish love


 Tonight... I hid all of my feelings
Tonight... I need to say that I hate doing this
Even though these words are so hurtful to me
The most hurtful words to me is that
I love U

Me, who know of her from the start
because of that I couldn't hate it more
Even though it hurts I couldn't throw this love away
Because it was you

 Tonight... I hid all of my feelings
Tonight... I need to say that I hate doing this
Even though these words are so hurtful to me
The most hurtful words to me is that
I love U

Don't say I'm sorry
if you do
I think I might hold on to you again

Tonight... I wont let you see the tears I cried
Tonight... I'll turn away pretending that I don't know
Even though now I won't be able to see you any longer
The words that remain in my heart
I love U




Sunday, 21 July 2013

Sy memang x boleh......

Assalamualaikum, readers...

QL takde idea.. tp sebab boring... nak jgk buat entry...

So nak upload gambar2 je kali nie...


Dengan segala hormatnya dipersembahkan...

1. Antara Pelajar Taska yg Comel2

-Husna manje-
-Ameer embam-

-Eipan macho-


2. X kenal tapi terpikat dengan senyumannya... :)


-Klau tgk depan2 boleh cair-


3. QL panggil nya Pipi Belon.....


-Pipi dy sgt tembam-


~dari ulat jadi kepompong~ :P.. mak dy yang balut dy ....



Jelingan manja~


4. Lastly... nie anak ustaz QL... sgt2 comel...

-Nampak cam berdoa kan... sebenarnya dy mkn kopiko-



-Sgt2 comel.... QL rase nak culik dy.... taknak minta wang tebusan.. just nak culik sbb sgt2 comel....-

Sooooo.... QL memang tak bleh tgk budak2 yang comel2.....geram sgt...

QL takde camera yang canggih... klau QL ad DSLR.. abih la gambar semua budak2 kt dunia yang QL jumpe QL capture.. hehe...




Sekian... semoga readers diberkati selalu... (^_^)V

Tuesday, 16 July 2013

Ya!! Saya perlu lebih rajin...

Assalamualaikum, readers...

Apakah yang dimaksudkan dengan rajin?

Menurut kamus dewan dan pustaka, rajin diertikan dengan :1. suka bekerja (belajar dll), giat, bersungguh-sungguh, tekun.. (sumber : http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=rajin)

Ya... itulah definisi rajin...

Jadi, apa kaitan dengan post kali ini?

Dengan semangatnya saya melaungkan..

SAYA (a.k.a QL)

.
.
.
.
.
.
.
.
PERLU

 .
.
.
.
.
.
LEBIH RAJIN!!!

Yeah!!


Why?

Korang tgk nie:
~perbelanjaan bulanan (basic)~

Nampak tak bahagian 'LEBIHAN/KURANGAN' tu.. warna ape?

MERAH

Di mana, merah itu menunjukkan defisit!!!

So... konklusinya... QL terpaksa cari 2 kerja...  
Gaji QL tak la banyak mane....sy hanyalah insan biasa... tengok column nye pun.. keciput je.... 
Walaupun bahagian 'KELUAR' tu tak byk mne...tp.. mmg tak cukup la... nak harapkan enjoy gne duit gaji... ibarat mengharap bulan jatuh ke riba ler..huhu...

But... its ok... maybe ad hikmahnye..

~Berakit2 ke hulu, berenang2 ke tepian, bersusah-susah dahulu, bersenang kemudian~

Ye tak?

Banyak pulak gne peribahasa kali nie...


Ok.. Illal liqa' maas salamah 


I have situation here...


Asalamualaikum, readers....

Kaifa halukum?

Ana harap, antum semua dalam keadaan sihah wal afiah hendaknya.. aceceh... ber 'arabic' pulak..

Sebenarnya QL nak minta pendapat, pandangan, n nasihat pada yang sudi memberi...

QL ad situasi disini...

Yang mana, bila ad seorang nie dy buat salah dari segi undang2 manusia...
Tapi mungkin, di sisi Allah dia tak salah... mungkin..

QL tak pasti dy salah ke tidak...

Tapi sekeliling berkata dia bersalah... si dia pula mempertahankan dia tak bersalah...

So, QL sangat2 confius... sebenarnya QL ad rse dy bersalah... Tp penjelasan si dia menyebabkan QL berfikir balik... Salahkah dia?

Arghhhh...... Complicated kan?

ke 'confuse' an melandai diri ini...

Bila QL fikir si dia tak bersalah.. berfikir semula, kerana sekeliling yang menyatakan dia bersalah, tahu hukum hakam Allah nie... takkan la mereka akan berkata kalau dia tak bersalah...

So, sekarang nie... QL ambil pendekatan nie..

"Jikalau tiada angin, masakan pokok bergoyang"

Tapi.. zaman sekarang bleh gne lagi ke peribahasa tu? mana tau ad yang nak menebang, n mane tau ad tupai kt pokok tu.. bergoyang la juga pokok tu ye tak..

Jadi antum yang sudi rse, patutkah QL menegur.. atau abaikan saje...


 ~see the prove... pokok tu bergoyang sebab angin~

Saturday, 29 June 2013

~Ku Mengharapkan Ramadhan kali ini Penuh Makna~


Assalamualaikum, readers.....

 Perasan tak??????

Tinggal lagi 10 hari je lagi nak bulan Ramadhan...

Tak sabar nak menghayati hari-hari di bulan Ramadhan...
Aku rindu kan suasana Ramadhan, ketenangan Ramadhan,
Ibadah bulan Ramadhan, akhlak insan di bulan Ramadhan

Ya Allah, Kau izinkan lah aku untuk beribadah di bulan Ramadhan yang akan datang ini,
Kau bimbinglah aku agar aku dapat mendidik nafsu ku di bulan mulia itu nanti,
Dan Kau tambahilah dan istiqamahkan lah ibadah ku, ketika Ramadhan itu dan selepasnya...

Aku harap Ramadhan ini penuh bermakna~ untuk aku mengejar cinta -Mu Ya Illahi..



...Ya Ramadhan, aku rindu, kangen bangat,  I really-really miss u, Ya Ramadhan...



QL selitkan kt sni lagu yang tak pernah lekang dalam hati nie,lagu yang paling QL suka bila tibanya Ramadhan..... (^_^)



Dan lain2 lagu yang berkenaan Ramadhan ini....


by :UNIC & In Team



by : Rabbani ( Al Fatihah buat Ust. Asri, semoga Allah merahmati rohnya)



by : Amir, Pearl



Tak lupa juga sedikit petikan berkenaan persediaan menghadapi Ramadhan mulia ini (Sumber FB Nisa' Malaysia)...... 

10 CHECK LIST PERSIAPAN DAN PERLAKSANAAN PUASA
  • Niatkan rasa sukacita kita dalam hati akan kedatangan bulan suci Ramadhan 
  • Memohon ma’af kepada kedua orang tua, suami/isteri, anak, saudara dan para sahabat atau kerabat anda, dimana setiap hari anda berhubungan dengannya, lupakan kesalahan saudara Muslim anda yang pernah terjadi selama anda berhubungan
  • Bersihkan pakaian taqwamu dari hadas, najis mahupun penyakit hati (iri dengki, hasad, hasut, tamak, haloba, sombong, mencela, dendamberbohong) sebelum , ketika menjalankan ibadah puasa mahupun sesudahnya
  • Niatkan dalam hati untuk melaksanakan ibadah puasa ini dengan penuh kesungguhan dan sekuat tenaga untuk mejalankan juga ibadah – ibadah nafila (tambahan
  • Tingkatkan Iman dan Taqwa, Selenggarakan & hadiri majlis ilmu Islam ditempat anda
  • Perbanyak membaca dan memahami Al-Qur’an Al-Karim, kalau mampu upayakan khatam 1 (satu) Juz selama ibadah puasa dan jadikan amalan dalam hidup setelah Ramadhan berlalu
  • Lakukan aktiviti biasa anda sehari-hari dan tingkatkan kualitinya selama Ibadah puasa, tinggalkan perbuatan maksiat dan perbuatan yang sia-sia tanpa nilai pahala  Tingkatkan amar ma’ruf nahi munkar, saling nasihat menasihati di jalan Allah dan perbayak bersabar
  • Usahakan anda beri’tikaf ( berdiam diri / menginap di dalam Masjid untuk memperbanyak kegiatan ibadah) selama 10 (sepuluh) hari terakhir Ramadhan, sesuai sunnah Rasulmu
  • Ingatlah, bukan pakaian yang baru yang diterima disisi Allah SWT tetapi kebagusan ibadah kita yang utama.


Semoga bermanfaat kepada semua.... :)



Wallahu'alam...


Wednesday, 26 June 2013

KoReA.... Addicted???

Assalamualaikum... readers...

Post nie just untuk QL luahkan perasan skit... skit je...
Ntah teringin plak nak buat post mcm nie....

Hehe, addicted to korean film o drama...  no...no no!
Minat... minat jgk tp jangan sampe addicted ye....

Ok, actually QL memang salah seorang penggemar cerita2 korea nie...
Y???
 Firstly walaupun jalan crite dyorang agak sme je.... (cinta tiga segi, cinta usia jarak, gaduh2 pehtu cinta)... tp yang menariknya adalah, cara dy berlakon... real... x nampak macam berlakon.. mimik muka diorang... seronok la tengok....
Itu yang membawa keseronokan cerita korea nie... mmg nak ikut kan actor n actress nye.... cantik n ganteng belaka.. tp itu semua PLASTIK!... hehe.. jgn marah...

tp QL bukan la jenis penggemar tegar korean film o drama nie... tgk kejap2 jalan crite.. kalau best teruskan tgk.. klau x best, malas nak tengok... n slalunye klau tgk pun laju2 kan.. tgk part2 yg best je... huhu...

Actor o actress yg QL minat pulak, selalunya disebabkan drama yang ditonton... such as :


  • Han Chea Young 



  • Jae Hee


....suke dyorng lepas je tgk My Sassy Girl Chun Hyang... 


-suka kedua2 watak gila2 Lee Mong Ryong & Chun Hyang-
dan disebabkan crite nie, suka watak antagonisnya...

  • Uhm Tae Wong

- bertambah suka pakcik nie ble tgk crite nie, Rebirth -


Next, QL suka lakonan dy nie....


  • Lee Ji Ah

QL rse dy pandai sgt berlakon n x cover2 dlm lakonannya, mula suka ble tgk crite nie, Me Too Flower...


-suka sgt watak panas baran Cha Bong Seon-

Next,




  • Jung Woo Sung



  • -suka watak 'killer' tp tenang dlm, Daisy-


    #Jadi QL ske ble crite yg ad dyorang belakon ................................................................(^_^)V

    Crite2 lain QL just tgk cemtu2 je.... just tgk then lupekan.....

    N QL x minat artis K-POP... sbb QL rse artis K-POP nie agak gedik2 skit... tp, klau singer, QL ske dy nie..


    Hwang Bo Hye Jung

    kenapa?

    suka watak sebenar n tomboyish dy dlm We Got Married,.....



    n QL suka lagu nie.. suara n video clip nye....




    Sooooooo..........................

    Itu je la yang nak di post kan...

    Actually, minat korea nie minat jgk, tp jgn sampai terlalu lalai pulak... klau rse kaum lelaki tu, kurang2 la tgk sebab actress nye agak seksi.... yang perempuan pula, klau time actor o actress nye seksi tu, cepat2 tutup mata... jgn pulak tutup mata dengan tangan, tapi jari dijarangkan pulak... ad part2 yg x sepatutnya ditonton tu.. laju2 kan la...... amik pengajaran yang mane bleh jd pengajaran, such as usaha dyorang utk berjaya, yg susah sgt putus asa...

    Tapi yang sebaiknya,, kurang kan la tgk crite2 korea nie... QL pun tgh usaha untuk mengurangkan minat tgk crite korea nie... nak ikutkan byk lagi bende lain yang perlu dibuat, dari duduk lme2 dpn laptop tgk crite korea.. kan?

    KONKLUSI NYA!!!!

    Jom, kepada peminat2 korean drama o movie... Jom kite try kurang kan sikit demi sedikit!!! QL tengah mencuba.. jom kite cuba same2.... Kita try buat perkara yang lebih manfaat... I'Allah :)

    Lets Do It!

    (^_^)v







    Thursday, 6 June 2013

    Nak ke tak nak....

    Assalamualaikum.... readers...

    QL nak tnye pendapat reader semua...

    Ok, situasinya macam ni.....

    Katakanlah anda kenal seseorang yang berlainan jantina dengan anda, pernah bekerja sama...
    Then, timbul keserasian...
    And keserasian tu lain macam... dia macam masuk ke dalam hati....
    Anda n dia dua-dua rasa sangat serasi ketika tu... sampaikan boleh meluahkan perasaan antara satu sama lain.... sampaikan dia menjadikan anda orang pertama yang tahu sesuatu berita sebelum berita itu diberitahu kepada orang lain... si dia sendiri yang mengaku.... sampaikan anda berdua digosipkan bercinta...

    Tapi semua tu dalam jangka masa kerjasama...

    Bila kerja itu selesai dan tak perlukan lagi kerjasama antara anda dan dia...
    Anda dan dia masing2 bawa haluan masing2...
    Kalau terserempak dua-dua buat-buat x perasan kehadiran masing2...
    Sedangkan anda ketika tu, walaupun semasa dia melintasi anda, anda akan menoleh ke tempat lain... tapi bila dia jauh anda mula mencari nya...

    Perkara tu berterusan sehingga hujung tahun... sampailah dia dan anda terpisah jauh... dia berada di negeri orang... anda berada di sini....

    Dalam masa setahun berlalu, anda masih teringatkan dia,bila ternampak kereta yang sama dengan keretanya, anda akan mula teringat padanya....

    Suatu masa, anda saja2 menaip namanya di dalam internet... sebab xde kerja.... tapi hasilnya terjumpe blog dia... anda menjadi followers setia blog dia.. tapi dia tidak tahu perkara itu...

    Anda sering terbaca dalam blognya tentang luahan hatinya yang tidak mahu mencari pasangan lagi kerana menunggu seseorang.... dan anda x pasti sama ada sesorang itu adalah anda atau tidak.....

    Tiga tahun berlalu, anda cuba melupakannya... sebab anda tak yakin apa perasaan dia kepada anda... anda juga tak yakin penerimaan keluarga dia kepada anda  dan penerimaan keluarga anda kepada dia.... sebab anda berdua ibarat langit dan bumi... dan disebabkan prinsip anda jg, anda tak boleh terima dia dalam  waktu keadaan sekarang ini.....

    Tapi, anda susah sangat nak melupakannya.... bila dapat jemputan perkahwinan dari rakan-rakan anda, anda mula teringat kan dia...

    Bila ada seseorang mula merisik anda, bukan satu, tapi dua tiga... anda menolak mengatakan tidak bersedia...
    sebenarnya anda sendiri tak pasti sama ada anda betul-betul tidak bersedia atau masih menunggu dia... walaupun penantian tu nampak seakan tidak logik....

    Anda ada peluang untuk berhubung, bertanya khabar dengan nya melalui FB tapi, anda x pernah menjadikannya rakan FB anda kerana anda berasa sangat malu..... anda takut anda sahaja yang mempunyai perasaan begitu.. anda takut anda bertepuk sebelah tangan... anda takut anda digelar perigi cari timba....

    Anda mengharap dia memulakan dulu....

    Tapi xde khabar berita daripadanya.....

    Jadi anda membuat kesimpulan untuk melupakannya........ Tetapi sangat2 susah.... hati sering kali ditutup jika ada seseorang yang ingin cuba memasukinya....


    Jadi persoalannya....


    • Adakah anda akan terus melupakannya.... dan bagaimana caranya?
    • Atau adakah anda akan mula cuba berhubung denganya...  tapi x takutkah anda? Sebab anda bukan jenis yang berkawan dengan mereka yang berlainan jantina dengan anda....
    • Atau anda akan biarkan keadaan hati anda sebegitu... sehingga ada seseorang yang lain dapat membuatkan anda melupakan dia.... tetapi bila?


                           Perit di hati hanya Allah sahaja yang tahu.... -_-"


    Semoga readers sentiasa di bawah lembayung rahmat Illahi :)

    Monday, 3 June 2013

    Few About QL

    Assalamualaikum readers..
     First of all, thanks byk2 kpd mereka yang da jd my followers...Since, I'm new blogger here,  so korang la follower pertama QL... so QL nak hadiahkaan ini khas untuk my neewww followers..
                                         Hehe ;) Sweet x?



    Ermmmmmm.....QL sendiri x pasti apelah tujuannya blog nie.. tapi ble first time terbace blog seseorang nie.. rase mcm menarik la jugak.... so, terus decide nak buat blog... actually QL ad 2 blog, satu nie, talkative qalbie n satu lagi qristallove.. kalau korang nak jadi follower dua blog QL.. kecil tapak tangan, padang bola QL tadahkan :)

    Most of blog yg QL pernah bace, kebanyakan nye cerita kan ttg diri sendiri... Kesimpulannya, QL rse blog nie mcm diari tapi kurang skit dari diari... So, QL pun nak buat cemtu la... bende nie mcm kte nak kongsikan pengalaman, cerita n perasaan kite pd rakan2 yang kdg2 kte sendiri x kenal... Quiet interesting sebenarnya.. Plus, dgn blog nie, kite boleh belajar sesuatu dari pengalaman yang ditulis oleh bloggers.. kan?

    Huhu... mukaddimah yang panjang kan... sebenarnye post nie nak memperkenalkn sikit sebnyk ttg diri QL...
    Nama : Nur ....... bt .......... (hehe, rahsia sebenarnya)... umur 24 tahun, untuk tahun nie...sudah bekerja, lepasan diploma, tp tahun nie ambil PJJ diploma lg...Single but not available :P...

     QL kt luar  bkan jenis orang yg peramah... susah sgt nak bukak mulut especially depan org yg x kenal.. n byk org pernah anggap QL nie sombong.. tp x kisah la.. sebenarnya sgt sgt sgt sgt segan bila berjumpe dgn org.. maybe confident level yang x berapa nak tinggi kot.. hehe..

    Erm... rse nye...tu je la kot... x boleh nak cerita byk2...  bahaya...

                                     
    Lastly QL harap, my followers n all readers dpt bg support untuk blog QL... Kalau mcm sekiranya blog QL nie nanti boring ke.. meluat tahap nak hempuk laptop kt lantai ke.. n jiwang karat paku besi ke... korang bace je n sambil tu buat muke ye... hehe... n nak comment amat la di jemput...

    Thanks Again...


                              This is my picture!! X  boleh bagi jelas2 bahaye jg... :P

    Asslamualaikum.... Semoga anda semua dirahmati Allah selalu.. :)