Jangan Bawah Kira Aku.. Haha..

Assalamualaikum, readers..

Diharap sihat jasmani dan rohani..

Sudah lama rse nye jejari tidak menari di kekunci laptop ni, otak pulak dah lama rsenye tak berputar mencari idea baru utk diluahi.. Ececeh.....

So... rse nye... korang RINDU tak pada QL??????

bling...bling...bling....


Haha.. mesti x..
Seriously.. sebab QL pun x sure ad ke orang nak bace entri ni.. hurrrmmmmm...

Ok, straight to the point...

Based on title

QL nak cakap sebenarnya adalah...


DON'T UNDERESTIMATE ME!!!!!!!

Sy sgt tidak suka akan perbuatan itu....

Mengapakah dikau mahu men 'underestimate' aku? Katakanlah... Katakanlahh... Katakanlaaaaahhhhhh.....

Walaupun diri ini x berapa nak pandai.. tidak berapa bernas luahan idea... tetapi adakah itu memberi ruang kepada  si dikau utk memandang rendah akan diri ini....

Tidak sama sekali wahai saudara ku... tidak sama sekali..

Haha...

Seriously... 

QL dah berpengalaman 2 kali org memandang rendah diri ini... terasa beb!!!


Rse mcm nak ad bende ni kt rumah....


Bile rasenye tak dapat nak kawal dah perasaan marah nie... akan kutumbuk.. ku tendang punching bag nie...

HAAAIIIIYAAAAAAKKKKK!!!!!!!!

Debushhhh... kebaboommmm!!!!!

Jangan tiru aksi ini!!!!   

Sabda Rasulullah s.a.w : " Orang kuat bukanlah orang yang kuat dalam bergusti, namun adalah orang yang mampu menguasai dirinya tatkala marah. " (HR Muttafaq 'Alaih)


Pandangan QL la kan... layak ke kte nak memandang rendah seseorang tu??? QL percaya... setiap orang ada kelebihan masing2.. kalau x pandai, org tu kreatif, kalau x kreatif, org tu cergas... n sesiapa yang mempunyai banyak kelebihan tu... itu anugerah Tuhan.... 

Soooo!!!!!

Just peringatan pada diri dan mereka di luar dan kamu yang membaca...

Jangan lah kte memandang rendah pada orang lain..

SEBAB NYA...

Kita tidak pernah tahu apa yang terjadi pada masa akan datang..

Boleh jadi si jahil lebih cerdik pada kamu... lebih arif dari kamu... dan lebih alim dari kamu....

Boleh jadi si miskin akan lebih kaya dari kamu....

Boleh jadi si hodoh akan lebih cantik dari kamu...


DAN LEBIH BAHAYA NYA ADALAH...

Bile kte meng 'underestimate' org lain, sbnrnya ada UJUB, SOMBONG dan TAKABBUR dalam diri kte ini... peringatan bersama..

#Informasi

7 Jenis Sombong Yang Dilaknat Tuhan

  1. Sombong kerana kelebihan seseorang dengan pengetahuan ilmunya, baik ilmu dunia atau ilmu akhirat. Apabila ilmu sudah penuh di dada, dia menganggap orang lain jahil belaka, semua orang buta dan jika ada pandangan yang bernas tetapi tidak diterimanya. Orang yang sombong seumpama ini hendak dirinya selalu dihormati oleh orang lain terutama ketika di khalayak ramai, oleh anak muridnya dan orang bawahannya serta sentiasa meminta diberi layanan mulia.
    Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
    Tidak akan masuk syurga orang yang dalam hatinya terdapat kesombongan walau hanya sebesar zarah.” (Hadis riwayat Muslim)
  2. Sombong kerana kelebihan beribadat seseorang. Penyakit orang ahli abid yang merasa diri mereka terlalu banyak beribadat berbanding dengan orang lain sehingga menganggap orang lain tidak mampu beribadat seperti mereka. Sedangkan mereka sebenarnya terpedaya dengan tipu daya syaitan. Rasulullah SAW telah mengingatkan melalui sabda Baginda yang bermaksud:
    Bahawa siapa yang memuji dirinya sendiri atas suatu amal salih, bererti sudah tersesat daripada mensyukurinya, dan gugurlah segala amal perbuatannya.
  3. Sombong kerana ego memperkasakan keturunan, bangga kita berketurunan mulia lagi bangsawan, suka menyebut nama datuk nenek moyang kita yang dulunya dikatakan keramat atau hebat. Sifat sombong seperti ini tidak ubah seperti kaum Bani Israel yang dilaknat Tuhan, seperti termaktub dalam al-Quran. Mereka bangga dengan keturunan mereka yang banyak menjadi nabi ikutan, konon keturunan mulia dikasihi tuhan.
     
  4. Sombong kerana berasa diri cantik dan sempurna malah memandang orang lain dengan hina, seperti merendah-rendah ciptaan Allah hingga sanggup menyindir atau memberi gelaran tidak baik seperti pendek, berkulit hitam atau gemuk.
     
  5. Sombong yang berpunca daripada kelebihan harta diberi Allah membuat kita lupa daratan, berbangga dengan kekayaan yang ada, rumah besar, kereta BMW mewah hingga memandang rendah orang yang kurang berada.
     
  6. Sombong kerana kekuatan dan kegagahan diri. Semua orang akan dibuli kerana kuatnya badan kita tidak terperi, hingga boleh memakan kaca, kunyah besi, boleh menarik bas dan lori hanya dengan gigi, boleh dihempap badan dengan batu dan besi, atau sebagainya.
     
  7. Sombong dan berbangga kerana ramainya pengikut setia di belakang diri, sepertinya orang alim berbangga dengan ramainya murid yang memuji. Guru silat pula berbangga dengan ramainya murid yang tidak lut ditetak parang dan dijilat api.
Wallau'alam.. (^_^)v






Comments

  1. welcome back ql...lme xsinggah sini..ada kalanya jie pn ade bt gk cam tu..peringatan ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq.. klau jie singgah pun xde bende baru nak bce... huhu.. bru timbul kerajinan nak update blog.. n yup.. semua nie utk peringatan bersama....

      Delete
  2. hello blogger :) thanks sharing this info. smoga kita terhindar dri semua perkara diatas. InsyaAllah

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

كُنْ أَنْتَ - Be Yourself ( Kun Anta Lyrics : Arab Berbaris + English + Bahasa Melayu)

Don't Judge a Book by its Cover...

~Ku Mengharapkan Ramadhan kali ini Penuh Makna~