~Ku Mengharapkan Ramadhan kali ini Penuh Makna~


Assalamualaikum, readers.....

 Perasan tak??????

Tinggal lagi 10 hari je lagi nak bulan Ramadhan...

Tak sabar nak menghayati hari-hari di bulan Ramadhan...
Aku rindu kan suasana Ramadhan, ketenangan Ramadhan,
Ibadah bulan Ramadhan, akhlak insan di bulan Ramadhan

Ya Allah, Kau izinkan lah aku untuk beribadah di bulan Ramadhan yang akan datang ini,
Kau bimbinglah aku agar aku dapat mendidik nafsu ku di bulan mulia itu nanti,
Dan Kau tambahilah dan istiqamahkan lah ibadah ku, ketika Ramadhan itu dan selepasnya...

Aku harap Ramadhan ini penuh bermakna~ untuk aku mengejar cinta -Mu Ya Illahi..



...Ya Ramadhan, aku rindu, kangen bangat,  I really-really miss u, Ya Ramadhan...



QL selitkan kt sni lagu yang tak pernah lekang dalam hati nie,lagu yang paling QL suka bila tibanya Ramadhan..... (^_^)



Dan lain2 lagu yang berkenaan Ramadhan ini....


by :UNIC & In Team



by : Rabbani ( Al Fatihah buat Ust. Asri, semoga Allah merahmati rohnya)



by : Amir, Pearl



Tak lupa juga sedikit petikan berkenaan persediaan menghadapi Ramadhan mulia ini (Sumber FB Nisa' Malaysia)...... 

10 CHECK LIST PERSIAPAN DAN PERLAKSANAAN PUASA
  • Niatkan rasa sukacita kita dalam hati akan kedatangan bulan suci Ramadhan 
  • Memohon ma’af kepada kedua orang tua, suami/isteri, anak, saudara dan para sahabat atau kerabat anda, dimana setiap hari anda berhubungan dengannya, lupakan kesalahan saudara Muslim anda yang pernah terjadi selama anda berhubungan
  • Bersihkan pakaian taqwamu dari hadas, najis mahupun penyakit hati (iri dengki, hasad, hasut, tamak, haloba, sombong, mencela, dendamberbohong) sebelum , ketika menjalankan ibadah puasa mahupun sesudahnya
  • Niatkan dalam hati untuk melaksanakan ibadah puasa ini dengan penuh kesungguhan dan sekuat tenaga untuk mejalankan juga ibadah – ibadah nafila (tambahan
  • Tingkatkan Iman dan Taqwa, Selenggarakan & hadiri majlis ilmu Islam ditempat anda
  • Perbanyak membaca dan memahami Al-Qur’an Al-Karim, kalau mampu upayakan khatam 1 (satu) Juz selama ibadah puasa dan jadikan amalan dalam hidup setelah Ramadhan berlalu
  • Lakukan aktiviti biasa anda sehari-hari dan tingkatkan kualitinya selama Ibadah puasa, tinggalkan perbuatan maksiat dan perbuatan yang sia-sia tanpa nilai pahala  Tingkatkan amar ma’ruf nahi munkar, saling nasihat menasihati di jalan Allah dan perbayak bersabar
  • Usahakan anda beri’tikaf ( berdiam diri / menginap di dalam Masjid untuk memperbanyak kegiatan ibadah) selama 10 (sepuluh) hari terakhir Ramadhan, sesuai sunnah Rasulmu
  • Ingatlah, bukan pakaian yang baru yang diterima disisi Allah SWT tetapi kebagusan ibadah kita yang utama.


Semoga bermanfaat kepada semua.... :)



Wallahu'alam...


Comments

  1. Alhamdulillah :) nice sharing..sy pn xsbr nk tggu bulan ramadhan..hrap brkesemptan la merasa ramadhan tahun ni

    ReplyDelete
  2. tak sabar nak tunggu Ramadhan jugak.. best kan.. btw tq 4 sharing :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye Ramadhan.. bulan terbaik... welcome n thanks sudi lawat komen n follow... :)

      Delete
  3. Blog walking... salam ramadhan...

    ReplyDelete
  4. Nice sharing :) Salam Ramadhan buat QL sekeluarga~

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

كُنْ أَنْتَ - Be Yourself ( Kun Anta Lyrics : Arab Berbaris + English + Bahasa Melayu)

Don't Judge a Book by its Cover...