Thursday, 6 June 2013

Nak ke tak nak....

Assalamualaikum.... readers...

QL nak tnye pendapat reader semua...

Ok, situasinya macam ni.....

Katakanlah anda kenal seseorang yang berlainan jantina dengan anda, pernah bekerja sama...
Then, timbul keserasian...
And keserasian tu lain macam... dia macam masuk ke dalam hati....
Anda n dia dua-dua rasa sangat serasi ketika tu... sampaikan boleh meluahkan perasaan antara satu sama lain.... sampaikan dia menjadikan anda orang pertama yang tahu sesuatu berita sebelum berita itu diberitahu kepada orang lain... si dia sendiri yang mengaku.... sampaikan anda berdua digosipkan bercinta...

Tapi semua tu dalam jangka masa kerjasama...

Bila kerja itu selesai dan tak perlukan lagi kerjasama antara anda dan dia...
Anda dan dia masing2 bawa haluan masing2...
Kalau terserempak dua-dua buat-buat x perasan kehadiran masing2...
Sedangkan anda ketika tu, walaupun semasa dia melintasi anda, anda akan menoleh ke tempat lain... tapi bila dia jauh anda mula mencari nya...

Perkara tu berterusan sehingga hujung tahun... sampailah dia dan anda terpisah jauh... dia berada di negeri orang... anda berada di sini....

Dalam masa setahun berlalu, anda masih teringatkan dia,bila ternampak kereta yang sama dengan keretanya, anda akan mula teringat padanya....

Suatu masa, anda saja2 menaip namanya di dalam internet... sebab xde kerja.... tapi hasilnya terjumpe blog dia... anda menjadi followers setia blog dia.. tapi dia tidak tahu perkara itu...

Anda sering terbaca dalam blognya tentang luahan hatinya yang tidak mahu mencari pasangan lagi kerana menunggu seseorang.... dan anda x pasti sama ada sesorang itu adalah anda atau tidak.....

Tiga tahun berlalu, anda cuba melupakannya... sebab anda tak yakin apa perasaan dia kepada anda... anda juga tak yakin penerimaan keluarga dia kepada anda  dan penerimaan keluarga anda kepada dia.... sebab anda berdua ibarat langit dan bumi... dan disebabkan prinsip anda jg, anda tak boleh terima dia dalam  waktu keadaan sekarang ini.....

Tapi, anda susah sangat nak melupakannya.... bila dapat jemputan perkahwinan dari rakan-rakan anda, anda mula teringat kan dia...

Bila ada seseorang mula merisik anda, bukan satu, tapi dua tiga... anda menolak mengatakan tidak bersedia...
sebenarnya anda sendiri tak pasti sama ada anda betul-betul tidak bersedia atau masih menunggu dia... walaupun penantian tu nampak seakan tidak logik....

Anda ada peluang untuk berhubung, bertanya khabar dengan nya melalui FB tapi, anda x pernah menjadikannya rakan FB anda kerana anda berasa sangat malu..... anda takut anda sahaja yang mempunyai perasaan begitu.. anda takut anda bertepuk sebelah tangan... anda takut anda digelar perigi cari timba....

Anda mengharap dia memulakan dulu....

Tapi xde khabar berita daripadanya.....

Jadi anda membuat kesimpulan untuk melupakannya........ Tetapi sangat2 susah.... hati sering kali ditutup jika ada seseorang yang ingin cuba memasukinya....


Jadi persoalannya....


  • Adakah anda akan terus melupakannya.... dan bagaimana caranya?
  • Atau adakah anda akan mula cuba berhubung denganya...  tapi x takutkah anda? Sebab anda bukan jenis yang berkawan dengan mereka yang berlainan jantina dengan anda....
  • Atau anda akan biarkan keadaan hati anda sebegitu... sehingga ada seseorang yang lain dapat membuatkan anda melupakan dia.... tetapi bila?


                       Perit di hati hanya Allah sahaja yang tahu.... -_-"


Semoga readers sentiasa di bawah lembayung rahmat Illahi :)

9 comments:

  1. bg sy kn..sy bgthu je trus terang mnat kt dia, sbb sy mmg mcm 2 he3..dh nm minat, suka dan syg..mstilah xnk lepaskn..kalau sumua bnda igt kt dia..better bersama je dgn dia..truskn berhubung..mn thu jdoh... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. S.K.A.... rse nye anda lelaki, memang mudah untuk terus terang.. klau si perempuan, perasaan malu tu menebal sgt2... hehe.. ap2 pun thanks commnet n be my follower... (^_^)V peace

      Delete
  2. bg sy,sy akn mula berhubngan dgn dia blik...xslh rasanya nk berhubungan dia blik tp pd perigkat permulaannya biarlah sbgai kwn dlu...manala taukan kalau dh mmg jodoh mngkin akn bersama...xslh mencuba...pling kurang kita boleh menjalinkan kmbali hubungan persahabatan tue blik andai kata xde jodoh...xrugi apa2 sebenarnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi kan yasira.. klau si perempuan tu bukan jenis berkawan dgn berlainan jantina pulak macam mne? tak ke nanti dy perasan... n org lain pun perasan...da la pernah digosipkan... segan jugak rsenye... huhu... ape2 pun TQ sbb sudi comment n follow.. (^_^), thanks again :)

      Delete
    2. QL..jgnlah rasa malu nk berkwn ngn berlainan jntina skalipown..cuma kita kena tau batasan antara kwn laki&prempuan..sbb bila kita berada di dunia luar xsemestinya kita kena bercmpur dgn 1 jntina sja...dr sini kita dh bole praktikkan pergaulan kita dgn mana2 jntina supaya sng nk bw diri&bergaul...cuma kita kena tau batasannyalah
      ini cuma pendapat sy sja..harap QL xtersinggung :)

      Delete
  3. salam perkenalan...hmm...mila nak share satu ayt ni,

    if u don't go after what u want,
    you'll never have it.
    if u don't ask,
    the answer is always no.
    If u don't step forward, u are always in the same place....

    bg mila, QL ppt cube..tgur2 je dlu. tak salah kan?huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu..... segan menebal tu... tp kalau ad keberanian dan diizinkan Allah, mgkin kot try jd kawan je.. huhu.... thanks comment :)

      Delete
  4. firstly nak tanya, kenapa masa bekerjasama korang boleh rasa ada keserasian tu? dan kenapa pula bila xde urusan msg2 buat2 tak pandang sama sendiri? nape mesti jadi macam tu?
    Pertamanya kena usaha. yang penting mencuba. Luahkan, manalah tahu si dia sudi menerima. Kalau si dia menolak takpe. sekurang2nya anda berusaha mencari cinta tu. Kalau negatif anggaplah ianya bukan jodoh. kalau bukan dia, pasti masih ada lagi mereka yg sudi..
    Moga jodoh kalian kuat.. Amin,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnye kan QL rse dua2 ego.. sebab dua-dua perangai berbeza macam langit dan bumi... n perkara kedua nya, QL rase dua2 punya kreteria calon pilihan memang xde lansung dalam diri masing2... susah tu..n x tersangka pun akan jadi serasi macam tu... huhu... ape2 thanks comment jg :)

      Delete